Pages

Sunday, March 13, 2011

Debaran Interview..

no-stress

Itu lah yang perlu aku lakukan… Jangan Tertekan!! Kena rilek la…kena tenang jer…walaupun dalam hati….macam nak terkeluar dah jantung ngan hati nie…huhuhuhu!!

Apa-apa pun…muka kena rilek dan kekalkan dengan senyuman…Janet kan!!! Hahahaha….trademark citer “Kejora dan Bintang”.. Janet kan!!! =P

…banyak lagi nak kena study nie…nak kena fahamkan… Sebab banyak benda yang akan ditanya semasa interview tue…soalan-soalan yang kita sendiri tidak tahu apakah bentuk dan persoalannya…adddeeeeehhhhh!!!

Ya Allah…aku mohon pada-Mu…semoga aku diberikan ketenangan dan dipermudahkan untuk menjawab segala persoalan yang diajukan kepada Ku…agar jiwa ini tenang dan ingatan ini dapat mengingat segala apa yang telah dibaca oleh Aku…semoga aku dapat peluang untuk menjawat jawatan tersebut dan memikul dengan baik tanggungjawab yang diamanahkan…Amin..

…chayok….chayok….eFa….hope Kau buat yang terbaik k… Tenangkan hati dan ingat semua yang telah kau ulangkaji tue…

…eeeee…..takut nyer…. huhuhuhuu!!

cetusan ikhlas : L3en @ eFa

Saturday, March 12, 2011

Berkat Kesabaran Menanti..

Abadi selamanya!

Alhamdulillah…itu lah perkara pertama yang aku ucapkan selepas mendengar pengakuan dari mulut Si Dia yang selama ini aku nantikan… Syukur Alhamdulillah.

Selama ini aku menanti dengan penuh kesabaran walaupun adakalanya aku hampir tertewas dengan perasaan aku sendiri dan pengaruh luar tetapi berkat kekuatan hati aku terhadap Dia…aku tetap menunggu..

Akhirnya…tepat jam 12.30 malam yang bertarikh 12 Mac 2011 (Sabtu) dekat depan Kedai di Taman Bunga Raya…akhirnya Dia membuat pengakuan bahawa aku adalah BUAH HATI nya.. DIa sayang aku dan cInta kan aku..

Alhamdulillah….aku ucapkan syukur dan terima kasih kepada DIa kerana akhirnya Dia membuat pengakuan itu terhadap aku….akhirnya aku tahu sIapa aku di hati nya.. Thank Sayang ku…

….tapi pesan nya untuk aku adalah…

Jangan sayangkan seseorang itu 100 %…sebaliknya sayangilah 50-50 iaitu 50 % hati Dia dan 50 % hati Aku.. Hal ini kerana jika ada yang terluka….kita masih mampu mengubatinya kerana kita masih ada 50 %..

Aku memahami hasrat nya dan kenapa itu yang Dia pesankan kepada aku… Pengalaman Lama Menjadi Pengajaran Dalam Hidup Nya.. Aku mengerti dan akan terus mengerti..

Ya Allah… Aku mohon kepada Mu… Jika Dia adalah jodohku, Kau dekatkan Dia dengan aku dan tetapkan lah Dia di hati ku. Tetapi andai Dia bukan jodohku, Kau jauhkan lah Dia dari Hati ku…dan Ingatan aku… Amin.

cetusan ikhlas : L3en @ eFa

Tuesday, March 8, 2011

::: Bosan… :::

 

Arrggghhhh!!! Aku rasa bosan sangat ari nie.. Tak tahu la apa yang nak wat…kerja sume aku dah setelkan secepat mungkin supaya tak bertindih…

Akhirnya…aku pulak yang rasa bosan coz takde kerja nak dibuat pulokkk!!

…otak nie pulak asyik berfikirkan tentang sesuatu jer…sesuatu yang aku sendiri tak tahu bila berakhirnya semua ini…

…Persoalan demi persoalan…tapi jawapan nyer tak juga aku temui…macam mana nie???!!

Lu Fikir Lah Sendiri…

cetusan ikhlas : L3en @ eFa

Continue….TerJah = PeLuaNg

 

Nak tahu apa yang terjadi lepas kitorang melepak kat rumah Housemate aku tue…hahaha..

On The way nak pulang semula ke Kuala Lumpur tue….aku mesej la dengan Lelaki Pujaan HatiKu…inform kat dia yang aku nak balik dah…

then dia tetibe pulak ajak lepak dahulu….kata nyer awal lagi nak balik pun….dia cakap lepak la dulu..

…aku pun apa lagi…PELUANG dah sampai kat Perak kan…apa lagi…tak kan tak nak rebut peluang nie…dapat jumpa Pujaan Hati setelah sekian lama menghilang tanpa khabar berita kan tempoh hari..

Jadi aku pun menghargai lah peluang yang diberikan…kitorang pun tunggu lah dia kat Padang Ipoh tue…sampai tengok budak-budak tengah training Bola Sepak kat situ…

tunggu punya tunggu…akhirnya Pujaan HatiKu pun muncul lah bersama kereta lumba nyer…adddoooiiii..

Terus aku terpikat lagi kat kereta dia tue…dengan sound system yang amat mengasyikkan jiwa raga aku….addeehhhh!! Macam mana nie..

Dia pun ajak lah kitorang lepak kat Padang Polo sambil menikmati Laksa n Cendol…nyum…nyum…

Jadi dapat la aku luangkan masa bersama Pujaan HatiKu tue..

Thanks my Hebat n My KakaK HouseMate…

cetusan ikhlas : L3en @ eFa

Thursday, March 3, 2011

TerJah = PeLuaNg

 

Terjah = Peluang???!!!

Apa makna semua nie…hahaha!! Nanti aku jelaskan yer..

…sebenarnya…

Apa yang peluang tue???

Macam ini cerita nyer….AHad yang bertarikh 27 Februari 2011 tempoh hari…aku n Housemate ku berserta Orang Hebat opis ku….telah memberanikan diri untuk meredah Highway Utara Selatan atau lebih dikenali sebagai PLUS…

Hahaha….aku redah mahu ke mana yaaa….

Kami telah sepakat untuk makan tengahari di rumah salah seorang housemate aku yang berada di Ipoh iaitu Jalan Pagoh..

…punya giler kitorang nie…bole pulak kami nak makan tengahari kat sana…

Pada mulanya nak wat kejutan kat Housemate…konon-konon la…sekali alamat pulak tak tahu…habis macam mana nak redah nyer…jawab nyer memang tak sampai lerr..

Jadi…nak tak nak…kena lah jugak tepon kat Housemate aku tue…untuk dapatkan alamat umah dia…=P

Nak dijadikan cerita…kitorang sampai lah kat rumah Housemate aku tue…Siap makan sampai kenyang tue…pada hal kan sebelum sampai tue dah memang kenyang pun….kitorang dah singgah kat Hentian Tapah.. Makan KFC lagi…nyum…nyum..

….nanti i sambung u…

….tuuunnngggggguuuuuuuu….

cetusan ikhlas : L3en @ eFa