Pages

Sunday, February 27, 2011

@ Laman Santai Istana Budaya..

 

Malam nie (26/2/2011) aku dan kawan-kawan aku melepak menenangkan hati dan menghilangkan stress keje kat Laman Santai @ Istana Budaya.. Lepak-lepak sambil tengok artis istana budaya menyanyi dan menari..

Besh sangat malam nie….dapat rilek-rilek dan gelak-gelak.. Bukan selalu dapat macam nie…tambah pula dalam dua minggu ini aku terlalu banyak keje dan macam-macam yang aku fikirkan tentang masalah yang aku hadapi.. Jadi malam nie aku bole gelak puas-puas..

Tambahan juga Putra Hati dah kembali…lagi la bertambah hepi dan senang dalam hati…berbunga-bunga rasa di hati…hahahaha….jiwang pula aku nie…=P

…tadi malam juga….ada Nubhan…Saida….n Roy.. Teringin nak amek gambar dengan Nubhan….but macam malu la pula….hahahaha….rugi jer rasa. Bukan senang nak jumpa kan….tak salah kalau sesekali berasa macam tak malu kan….huhuhu!!

Apa-apapun aku hepi sangat-sangat dan enjoy malam nie…thank pada Mr.M coz bawa kami lepak-lepak kat sana… Nanti kita pergi lagi erk…huhuhu!!

Malam yang tenang….release tension… (^_^)

cetusan ikhlas – L3en @ eFa

10.56 pagi..

 

Mesti ramai yang tertanya-tanya kenapa dengan masa tue kan…???!! Hehehe….tu la masa yang buat aku gembira sangat-sangat dan tak tahu nak cakap macam mana… Kerna aku terlalu gembira…terlalu suka dan terlalu…rasa macam nak nanges jer.. =P

Tu lah antara perasaan yang dialami oleh aku pada 10.56 pagi bersamaan 26 Februari 2011 (Sabtu). Mesti ramai nak tahu kenapa kan…???!!

Sebenarnya…..sebenarnya kan….hik3.. Malu pula nak citer.. hahahaha!!! Mesti ada yang kena tepok kang…=P Dok nak citer but….dok sebenar dari tadi tak habis..habis kan..

Yela…ni aku citer ni.. Kita punya Putra Hati dah kembali.. Yaaahhhooo!!! Hepi nyer la.. Rupa-rupanya…dia gi tolong dalam misi membawa pulang pelajar Malaysia dari Mesir tempoh hari dan dia tak sempat nak bagitahu kat aku.. Tambah pula….phone dia tertinggal kat kawan dia dan dia ada pesan kat kawan dia…supaya inform kat aku if aku mesej or call phone dia…but kawan dia tak inform kan..

Hmm….malu pun ada coz aku dah mesej macam-macam kat dia dah….sampai dah cakap selamat tinggal dah.. Malu nya la…dengan diri sendiri.. But yang paling menarik kita dah luahkan pada dia tentang perasaan kita pada dia dan hasrat kita terhadap dia…hope dia akan faham dan berfikir tentang apa yang aku luahkan itu..

Semoga ada perkhabaran yang menarik daripada dia dan aku pula nekad untuk berbincang dengan dia tentang hubungan kami..

Ya Allah…kau permudahkanlah hubungan kami ini dan pertemukan la kami dalam mencari jawapan kepada perhubungan ini….pertemukan jodoh antara aku dan dia dan semoga dia menjadi sebahagian daripada hidup aku…amin..

cetusan ikhlas – L3en @ eFa

Tuesday, February 22, 2011

Segar Nyer Pagi Nie..

 

Alhamdulillah…aku rasa segar sangat pagi nie…macam takde apa yang berlaku selama ini. Jiwa aku rasa tenang…kembali memulakan kerja seperti biasa…

…kenapa jadi macam nie erk??!! Hmm…maybe dapat sumber ilham semalam kot….but apa sumber ilham nyer??!! Kehkehkeh…aku pun tak tahu…apa yang aku tahu…hanya lah K.E.R.J.A.

PAgi nie aku kena buat kerja yang sama….sama seperti minggu lepas mengadap “p&C” orang lain…orang yang berjawatan tinggi…aku kena setelkan bagi pihak a.k.a b/p orang lain jugak…tanggungjawab dan kepercayaan!!

Atas sebab itu…aku diberikan tugas ini…terlalu sulit n privasi!! Tanggungjawab aku berat dan aku harus menjaga kepercayaan yang diberikan..

So…apa lagi cIk eFa…mulakan kerja.. Chayok3!! Smile always n enjoy ur work.. (^_^).

…mulakan dengan Bismillah Hirohmanirohim..

cetusan ikhlas – L3en @ eFa

Monday, February 21, 2011

Mataku udah mahu pejam…

 

…mata aku dah tak tertahan lagi nie…giler amat ku rasa mahu pejam nyer…tapi tangan n kepala aku ligat memikirkan mengenai kerja…adoiii!!!~~

Weiii…cik eFa oiii….reti-reti la pergi tido sama…dan pukul berapa nie…lu tak ngantok lagi ke kawan.. Jam dah 00.00 dah nie… E sok lu nak keje lagi..

Apa saja la yang aku merepek nie…nak tido but kekasih maya aku ni…dok ajak chat plak…aku dah la ngantok nie…dia ni tak reti bahasa plak…marah kang majok…aku jugak yang sunyi….hohohoho!!!

…nak tak nak aku layan la…sambil dok tengok-tengok kan rumate aku yang tengah tak sihat nie…cian kat dia.. Nak tolong pun tak tahu nak tolong macam mana… Hmm…rumate….semoga cepat sembuh erk…kita cian tengok awk..

Haa…cik eFa…dah dah la tue…gi la tido pulak..

Camat Malam Kekasihku…Mr.Blog.. MMUuaahhhh!!!

cetusan ikhlas – L3en @ eFa

Opis Ku…Syurga Ku…=P

 

Hahahaha….macam tu ke??? Betul ke statement aku nie… Macam pelik jer…huhuhuhu!!! Tapi sepanjang masa aku banyak dihabiskan di opis sahaja… tu la tempat aku yang aku rasa dapat melupakan aku pada masalah peribadi aku..

Apabila aku dah mengadap buat kerja…memang aku akan lupa segala masalah yang remeh-temeh tue…apa yang akan aku fikirkan hanya K.E.R.J.A!!

Dalam kepala hotak aku…hanya untuk menyiapkan apa yang telah diamanahkan oleh aku…

…dari jam 8.00 a.m hinggalah 5.15 p.m ditambah tolak kan dengan masa aku kena stay kat opis…pergi la sampai pukul 9.00 p.m or 10.00 p.m…tengok kepada keadaan. Paling baik sekali…awal la sikit baliknya dalam 8.30 p.m.

aku memang giler kerja??!! Hahahaha…macam poyo jer ayat tue…aku bukan giler kerja but aku kena siapkan kerja…coz keje aku…ontime get ready to do a work!!

…amek ko…tu lah aku…L3en a.k.a eFa..

cetusan ikhlas – L3en @ eFa

Niat Ku…

 

…Niat aku cuma satu iaitu membalas jasa kedua-dua orang tua ku…walaupun aku tahu aku tidak mampu membalasnya…kerna begitu besar dan tidak ternilai segala apa yang pernah mereka lakukan terhadap ku..

Aku bahagia dilahirkan di dalam keluarga ini…walaupun aku hidup dalam keserdahanaan…namun kami tetap bahagia bersama n hidup penuh kasih sayang.

Niat aku melangkah keluar dari umah adalah untuk mencari rezeki yang halal dan mengumpul duit bagi membantu ibu dan keluarga aku…kerna mereka banyak membantu aku dahulu ketika aku menuntut ilmu demi masa depan aku..

Kini…aku mula mengenal erti mencari rezeki dan bekerja di bawah penguasaan orang lain…mengenal erti “Pekerja”. Aku bertuah kerana aku telahpun mendapat pekerjaan setelah tamat pengajian dan bertambah bertuah kerna aku bekerja di sektok kerajaan iaitu Badan Berkanun. Punya masa depan yang cerah…InsyaAllah.

Semoga aku tabah di sini dan bekerja dengan niat yang betul iaitu.. “Hanya Dengan NAma mu, Ya Allah…aKu Mohon keRedhaan Mu Dalam Setiap Langkahku…amin”.

cetusan ikhlas – L3en @ eFa

Perlu Ke aRi-aRi…

 

Perlu ke hari-hari aku menghantar mesej semata-mata inginkan balasan jawapan daripada Dia…sedangkan Dia terus membisu. Seperti aku pula yang terhegeh-hegeh kepada Dia.

Aku kan perempuan….kalau aku berterusan lakukan seperti ini tidakkah ia dilihat seperti “Perigi mencari Timba”??? Aku sendiri pun keliru dan tidak tahu mana yang patut aku lakukan…

Kawanku ada berpesan kepada aku supaya aku melupakan sahaja setelah semua usaha telah aku lakukan bagi mendapatkan jawapan daripada permasalahan ini. Katanya, kawanku tidak mahu melihat aku terus kecewa dan mengharap pada sesuatu yang aku sendiri tidak pasti..

Namun….aku lakukan juga semata-mata ingin memuaskan diri aku yang terlalu mendesak inginkan jawapan daripada Dia. Sedangkan Dia….terus membisu…

Kenapa semua ini berlaku antara kami…sedangkan sebelum ini tidak ada sedikit masalahpun yang melanda kami…malah kami bahagia bersama walaupun jarang dapat bersua muka…

…semua ini terjadi pada tanggal 08 Februari 2011….tarikh sepatutnya Dia berangkat ke Mesir…tapi Dia langsung tidak memaklumkan mengenai perkara ini…

Aku terus menanti sehingga kini….tapi apa yang aku dapat… Hanyalah Kekecewaan dan Kesedihan.

cetusan ikhlas – L3en @ eFa

Pagi Nie…

 

Hmm…pagi nie macam-macam yang difikirkan. Pada mulanya malas dah nak fikirkan tentang Dia but hati nie terlalu kuat pada Dia…n membuatkan aku selalu memikirkan tentang Dia..

Aku mohon pada-Nya supaya pertemukan aku jawapan kepada kekeliruan dan permasalahan kami ini…harap aku ketemu jawapannya dan dapat menyelesaikan masalah yang sedang dihadapi ini..

Dia….kenapa terus membisu yer??? Adakah ini salah satu ujianmu pada aku?? Aku tidak sanggup diuji seperti ini….aku terlalu sayang pada kamu... Tolong jangan buat aku macam ini…tolong hubungi aku..

Permintaanku hanya satu….mohon-Nya permudahkan perhubungan ini. Jika benar Dia jodohku…Kau dekatlah Dia padaku… Jika Dia bukan jodohku….KAu jauhkanlah Dia padaku dan hilangkan Dia dari Ingatanku…

cetusan ikhlas – L3en @ eFa

Sunday, February 20, 2011

Muncul Kembali…

 

…aku muncul kembali…setelah lama aku menyepi n mencari yang sesuai untuk aku jadikan tempat meluahkan…idop nie rasa tak lengkap tanpa kawan-kawan…but kadang-kadang kita kenal tinggal seorang-orang coz kawan-kawan jugak ada komitmen masing-masing…

Jadi….

…aku kembali semula mencipta Blog untuk aku jadikan tempat meluahkan segala-galanya dan berkongsi cerita dengan kawan-kawan yang gemar menulis blog…

…walaupun aku orang baru di sini…but aku perlukan kawan-kawan untuk aku menuntut ilmu dalam dunia Blog yang amat aku sukai nie…giler memang aku suker Blog!!

Di sini tercetus la sebuah Blog yang dinamakan…. http://dunia-blog-leen.blogspot.com. Satu-satunya tempat yang akan mengisi kekosongan hati aku nie…

cetusan ikhlas : L3eN @ 3Fa