Pages

Sunday, May 15, 2011

Impian Pertama…

 

Impian pertama telah menjadi kenyataan pada 12 Februari 2011 yang lalu…maybe agak terlambat aku kabarkan kepada kawan2 aku di dalam nie.. Sebab tetibe jer aku baru dapat idea untuk list kan apa yang aku impikan di dalam blog kesayangan aku nie..

Nak tahu tak…apa yang telah aku dapat sebagai impian pertama aku… Setelah aku mula bekerja…aku mengimpikan ini..

Ttaaarrrraaaaaa….

DSC00552

Haa….ni lah aku punya impian.. Aku impikan untuk membeli Kamera Digital sebagai harta pertama setelah mula bekerja… Wwooowwww!! Impian telah menjadi kenyataan..

DSC00551

DSC00550

DSC00547

Ni la dia.. Sony DSC-T99 yang menjadi impian aku…akhirnya menjadi milik aku.. Yang paling menarik sekali masa aku nak beli kamera nie…aku dapat harga promosi..

Dari harga

RM 899.00

kepada

RM 699.00..

Wwwwoooooowwww!!! Saper yang tak nak kan…berganda harga kamera tue turun.. Aku pun dengan lafaz Bismillah.. Terus membeli nyer tanpa berfikir panjang lagi..tapi sebenarnya fikir panjang jugak… =P

Setelah membeli nyer….aku menjalankan siasatan dengan pergi meninjau ke tempat2 lain sama ada doang juga ada offer macam nie or tak de..

Aku ke KLCC….harga nyer tetap sama RM 899.00.. Seterusnya aku ke TIME SQUARE….harga nyer tetap RM 899.00.. Aku ada juga tanya….takde offer ke…doang cakap takde.. Memang tue la harga nyer..

Alhamdulillah…akhirnya aku berpuas hati dan aku menang besar tau.. Aku dapat membeli dengan nilai

RM 699.00..

Terbaik di sini…

DSC00548

L3en a.k.a eFA.. Harta pertama aku!!!

KAmera Digital SoNY DSC-T99

 

Sekian…

 

Sunday, May 8, 2011

Tolong Faham Aku???!!!

 

love-quotes

C.I.N.T.A

Tanda Soal 1

P.E.R.S.O.A.L.A.N

career-big1

K.E.R.J.A.Y.A

LOVE vs KERJAYA??!!

Tolong la fikirkan..

Terbaik….terganas…terbaik….terganas…

 

Tue la yang mampu aku ungkapkan lepas layan Fast n Furious 5 tadi..

Fast and Furious 5 Film

010-fast-five

fast_and_furious_5_fast_five_wallpaper

Haa….tue la antara gambar2 yang aku amek kat Google.. Aku memang suker citer nie.. Aku rasa macam nak gi tengok sekali lagi jer citer nie.. Memang tak puas tengok sekali citer nie…kena tengok dua kali.. Yang penting kena tengok kat wayang la..

Citer dia kali nie…ada sedikit kasih sayang dalam family dan ada satu rancangan yang terbesar dan mampu membuatkan kita terpegun dengan kehebatan mereka dalam merancang rompakan itu..

Sampaikan Si Polis tue (lakonan The Rock) bole join sekali untuk menjayakan rancangan tue…kerana ada kebenaran kenapa mereka melakukan itu..

Memang terbaik la doang nie.. Aku suker giler dengan jalan citer nie dan aku suker cara doang rancang rompakan tue..

fast-five-5

This is not America.. This is Brazil !!!

Hahahaha!! tue yang dicakap oleh Vin Diesel kepada The Rock.. Aku suke….aku suker ayat tue!! =P

Apa lagi kawan2….jom la tengok.. Bole layan citer nie.. Jom gegar panggung layan citer Fast n Furious 5..

L3en a.k.a eFA

Citer nie bole bagi 5 Bintang la…

PppeeewwwwwwiiiiTTTTT!!!

Saturday, May 7, 2011

Layan Fast n Furious 5..

 

DSC00862

Tue dia kawan2….tiket dah beli dah untuk malam nie punye wayang.. Citer yang telah dinanti2 kan sejak dari dulu lagi.. Macam biasa la kan…aku kan memang suker tengok wayang…citer2 action nie.. Nak pulak kalu ada Vin Diesel..

vin-diesel-fast-and-furious

Pergghhh!! Rasa macam nak peluk u la Vie Diesel.. Hahahaha!! Badan dia….woww!! Giler aku nie…

Malam nie I nak tengok u tau…bole kita dating sama2 dalam wayang tue… =P

Malam nie tunggu yer…I datang pukul 9.20 nanti.. U jangan gi mana2 erk… Hahaha!! Terasa kegedikkan.. =P

Malam nie aku gi layan citer Fast 5 nie…dengan budak umah aku… Ada 4 orang sumer nyer…termasuk aku sekali la.. Layan kat KLCC tempat biasa layang wayang la.. Yang paling dekat ngan umah kan..

DSC00863

So…ada sesaper nak join??

Mari laa…

I nak siap2 dulu erk.. Nanti jumpa lagi…pas I balik dari layan citer nie..

Adddiiioooossss!!1

L3en a.k.a eFA

OPS Ngemas Umah…

 

xDSC_0025

Adik kemas elok2 cket…banyak main erk.. Hahaha!! Cian budak tue…ntah anak saper ntah…aku pinjam gambar dia…aku main google jer tadi… =P

 

kemas rumah

Ala ala….dah macam dalam gambar nie dah aku mengemas umah tadi.. Addeeehhhh!!! Penat nyer la…dah lama tak ngemas umah selepas balik daripada bercuti masa Hari Pekerja ari tue.. So masa membalas dendam kepada umah..

Haa….bermula dengan kipas yang penuh dengan habuk…dah berapa lama tak cuci tue…hish3.. Anak dara…

Then seterusnya bermula dengan bilik aku la dulu… Kemudian ke kawasan ruang tamu umah yang agak luas jugak la…sambil membebel kepada rumate2 aku yang tengah berlengkor kat tengah umah tue.. Hish3…apa nak jadi la anak dara sekarang nie… =P

Lepas tue…terus la ngemas umah sampai ke dapur…sampai ke dalam peti dan bilik mandi…

Akhirnya….

penat-1

Hahaha….dah ala ala jadi macam dalam gambar tue dah aku… Tak dela… Masih maintain lagi…dok sambung ngadap blog kesayangan aku nie la.. Update entry yang terbaru untuk tatapan kengkawan blog aku nie…

Selamat membaca kawan2….aku nak gi mandi untuk kali kedua…selepas penat ngemas umah..

Aktiviti lepas nie….hmm.. Maybe tengok wayang… Citer Fast 5 plak….tak sabar dah aku nak tengok..

Ok la…chhaaaawwwww!!!

Jogging @ Taman Ampang Hilir

 

bp_fall06_backyard_jogging_l

Pergghhh!! Pagi nie aku bangun awal daripada kebiasaan…kebiasaan ari cuti dan ari bekerja aku.. NAk tahu aku bangun pukul bpe?? aku bangun pukul 5.45 pagi.. Semua nie gara2 malam tadi aku tido awal giler….pkul 9.00 malam aku dah tido.. Pastu haa…amek kau…pukul 5.45 pagi kau dah bangun kan.. L3en a.k.a eFA..

Dan….akibat daripada bangun yang terlalu awal nie la aku ajak kawan umah aku gi jogging kat Taman Tasek Ampang Hilir…dekat jer ngan umah aku.. Kebetulan plak kawan aku seorang lagi bagi guna kereta dia…apa lagi projek jalan la..

But sebelum gi jogging sempat lagi buka blog dan tengok apa yang dah jadi pada kawan2 blog yang lain….dan yang paling penting sempat lagi aku post satu entry nie untuk tatapan kawan2 kesayangan aku,..

Ok la kawan2….aku dah siap nie…nak kuar gi jogging dah nie…tata…titi…tutu,….sumer…

adiiooosss…

jogging021

Wednesday, May 4, 2011

Tanggungjawab VS Kemampuan

 

Waiting_1

Assalamualaikum w.b.t Sahabat2 Blog…

Tajuk malam nie agak serius sedikit coz aku sendiri pun rasa aku kena amek serius mengenai tajuk nie.. Coz benda nie telah menghantui diri aku dan mula wat aku tertanya2 sendiri..

Hmm…sekarang nie makin banyak pulak bidang tugas yang diberikan kepada aku…makin banyak tanggungjawab yang perlu dipikul nie.. Dah rasa macam tak termampu dan terkejar pulak nak jalankan semua amanah yang diberikan..

Setiap tugas yang diberikan tue…sumer nyer nak kena siapkan cepat2.. Macam ner nie?? Macam rasa tak mampu pulak.. Tapi doang nie dok bagi kat aku jer kerja2 nyer.. Walaupun nampak macam simple….tapi agak mencabar juga nak wat dan perlukan masa untuk mengadap nyer.. Hmm…

…apa yang harus aku lakukan nie??? Aku dah tak tahu nak bagitahu macam mana yg aku sendiri pun dah banyak bidang kerja kena wat… Sampai aku sendiri pun dah tak terkejar nak wat nyer…

Ya Allah…kuatkanlah semangat aku dan yakinkan dalam diri aku yang aku mampu melaksanakan apa yang diberika dengan baik dan amanah. Kau tabahkanlah hati aku dan tenangkanlah jiwa aku dalam melaksanakan segala yang diamanahkan kepada aku.. Amin.

Cayok….cayok….L3en a.k.a eFA.. (^_^)

 

p/s : Kau mampu lakukannya L3en a.k.a eFa…yakin pada diri kau..

Tuesday, May 3, 2011

Malas Nyer Laaa….

 

muka marah

Hahaha….dah gaya muka budak nie dah aku.. Punya la malas rasa nak balik kL…nak mula keje balik lepas 4 ari bercuti.. Malaas nyer laa..

Rasa nak cuti lama2 jer… Malas nak balik kat dunia kotaraya yang sibuk dan bising tue.. Malas nak wat keje… Malas nak ngadap orang yg macam2 rupa…

Sumer nyer aku malas la…

Tapi makn cakap….jika malas nak keje macam mana nak beli apa yang diidamkan.. MAcam mana nak dapat pangkat yang tinggi2… Hmm…ada betul juga cakap mak tue… dan sememangnya apa yang mak  cakap tak pernah tak betul pun.. Semua nyer betul kan…

Jadi…aku kena la ikut cakap mak.. Anak mak kan.. Kalau tak dengar kang jadi anak darhaka pulak.. Susah jugak tue…huhuhuhu!!

So…petang kang pukul 6.00 aku naik la bas metro tue balik ke Kuala Lumpur bersama rakan sekampung merangkap rakan serumah aku kat sana.. Pulang bersama dengan dia..

Pulang ke kotaraya yang tidak pernah tidooooo!!

kemalasan melanda : L3en a.k.a eFA

Monday, May 2, 2011

Join FaceBlog…

 

faceblog

FaceBlog…sekali lagi aku join tempat nie.. HAri tue aku dah join but aku dah lupa dah mana aku punya kawasan kat FaceBlog nie.. Jadi aku wat keputusan untuk Join sekali lagi..

Tak rugi pun…free kan??!! Dalam nie ada tutorial juga bole blaja untuk cantek kan blog kita kan.. Selain tue juga kita bole jumpa ramai blogger kat FaceBlog nie.. Coz doang pun ramai jugak yang Join.. So bole dapat ramai kawan yg suke kan blog kan..

Haa…apa lagi.. KAwan2…jom la Join FaceBlog nie.. Kita tambah Ilmu sambil tambah kawan2 n follower k.. MAri sumer.. (^_^)

cetusan ikhlas : L3en a.k.a eFA

Follower…bilaa laa…

Follower…bila laa… Bila laa…nak jadi 50 orang follower nie… Macam mana erk??!! Orang lain ada ramai follower…tapi aku tak sampai 40 lagi…hmm…

But aku still hargai mereka yang dah follow aku n dah membaca sumer entry aku nie.. Thank you kawan2 blog.. Keran menyokong blog nier..

Tapi…ada tak yg sudi ajarkan aku cara2 nak dapat follower yg ramai… tolong ajari ku…

Mohon ilmu dari kalian yg terlibat dalam dunia blog niee… Plsss..

L3en a.k.a eFA : Give Away CintaIlmu Iz..

 

Assalamulaikum IZ..

L3en a.k.a eFa mencuba nasib untuk Give Away from Iz..

Come follower2 L3en a.k.a eFA…singgah kat blog Aizuddin Ahmad Kamal..

testing

Hmm….apa yg IZ try wat nie bagus sangat coz kongsi apa yang IZ dapat dengan sahabat2 di dunia blog nie…satu cara yang baik.. Bole ditiru sebagai tanda penghargaan kepada sahabat2 di dunia blog nie… Yg setia membaca n mengkomen setiap entry yg dimasukkan dalam blog..

Pasai nak komen blog IZ nie…

L3en a.k.a eFa tak tahu sangat lah coz L3en a.k.a eFA juga masih baru di dunia nie dan masih banyak yang perlu dipelajari lagi untuk jadi blogger yg hebat.. Tapi apa2 pun…IZ ada blog yang cantek dan header yang mampu menarik perhatian pembaca n pengemar blog.. IZ juga seorang yang aktif dalam dunia blog.. Ada jer entry yang dimasukkan.. Tahniah!!

Hmm…susunan layout dalam blog juga menarik dan memudahkan pembaca untuk membaca setiap entry… Haa….itu sajer komen dari L3en a.k.a eFA…

So…macam mana IZ..

sila komen… =)

Cetusan Ikhlas : L3en a.k.a eFA

Part 1 : Makanan & Hikmah Dalam ISlam..

 

epal 2

Epal :

Epal yang masam lebih sejuk daripada yang manis. Ianya juga boleh menguatkan organ hati.

 

kurma 1

Kurma / Tamar :

Nabi s.a.w pernah bersabda, “Rumah yang tiada tamar atau kurma adalah rumah yang tiada bermakanan”. Nabi s.a.w sendiri pernah menanam kurma atau tamar. Kurma hendaklah dmakan dengan badam untuk menghapuskan parut yang tidak diingini.

 

limau mandarin

Limau / Lemon :

Rasulullah s.a.w pernah bersabda, “Limau ini seperti mukmin : bagus dirasa & bagus dihidu”. Limau menguatkan organ hati & menjauhkan kesedihan & bintik2 pada kulit, menghapuskan kelaparan & melambatkan pengaliran dalam hempedu.

 

roti12

Roti :

Roti yang paling bagus ialah diperbuat daripada gandum yang baik dimasak dalam pembakar roti yang bulat. Roti itu dibiarkan sejuk sebelum dimakan, jika tidak kita akan merasa haus bila memakannya. Roti yang sudah lama dan tidak elok akan menyebukan perut. Roti yang terdapat sekam gandum mudah dicernakan. Nabi s.a.w, pernah bersabda “ Jangan potong roti dengan pisau. Hormati Roti itu dengan memotong dengan tanganmu kerana Allah menghormati roti itu”.

Semua yang dinyatakan di dalam entry ini adalah ehsan daripada seorang teman yg memberikan kepada aku maklumat2 ini. JAdi aku masukkan maklumat ini di dalam blog aku. Jika ada yg salah maklumat…aku memohon maaf..

Sekian…

Nasi Lemak Buatan MAK…

 

nasi-lemak

Gambar sekadar hiasan blog nie…coz nasi lemak mak aku lagi berupa dari nie…huhuhuhu!!!

Assalamualaikum.. Camat PaGi MalaySIa…

Lepas jer solat subuh pagi tadi…aku ingat nak sambung tido balik.. Al-maklum lah dalam suasana sejuk kat kampung nie kan…memang mendamaikan untuk tido kembali…hik3..

…Tetapi ntah macam mana ntah…aku bole berada kat dapur pulak…tengok mak aku sedang khusyuk jer bungkus nasi lemak untuk dibawa ke kedai Pak Din (kedai abang aku laa…=P)..

Dalam keseronokkan melihat mak aku membungkus nasi lemak tue…tetibe ada satu bau menusuk ke lubang hidung aku… Perrgghhh!! Bau harum nasi lemak daa.. Aku pun konon2 nyer ambil la sudu…just nak rasa satu sudu jer la…huhuhu!!

Sekali iman aku tak kuat daa….aku tergoda jugak dengan bau nasi lemak yang harum dan kelembutan nasi nyer…aarrgghhh!! Nampak nyer aku kena makan nie…

Apa lagi aku pun amek lah pinggan then ter”makam” lah aku nasi lemak pagi2 nie… Baru ingat nak diet tadi pagi.. Ingat nak wat cekedok ikan bilis jer tadi.. Sekali nasi lemak sudah masuk dalam perut daa…

Tue lah kalu kat kampung kan…jangan harap dapat nak diet…memang tak jadilah jawab nyer.. Mak aku pulak memang terer kalu bab2 masak nie.. Memang terbaik lah…

Mak…nak nasi lemak lagi…hahahaha!!

nasi-lemak 1

Nyum…nyum…nasi lemak..

Mak…akak sayang mak…akak sayang nasi lemak mak.. Hahahaha!!

cetusan ikhlas : L3en a.k.a eFA

 

p/s : Rosak diet aku kalu balik kg nie…sumer pun aku makan.. Tak bole tahan tengok mak masak daa… =P

Sunday, May 1, 2011

Pulang Ke Kampung Halaman…

Entry kali nie aku nak share citer aku pulang ke kampung halaman semperna cuti Hari Pekerja pada 01 Mei 2011 yang jatuh pada hari Ahad dan dibawa ke hari Isnin… Alhamdulillah…ditambah aku amek cuti pulak hari Selasa… Seronok gilerrr!!!

Alhamdulillah…aku selamat juga pulang ke kampung halaman… Dapat cuti empat hari pulak tue…bukan selalu nak dapat cuti lama macam nie.. Masa inilah nak rehat2 bersama family tersayang.. Jumpa mak, abg chik, abg apis n adik…kebetulan cuti hari pekerja kan.. Akak sulong aku pun balik…bole la berkumpul adik beradik.. Seronok rasa nyer..

Yang paling besh…nak tahu apa yang paling besh sekali bila dapat balik umah nie…hmm…yang lain dan tak bukan lagi adalah dapat makan makanan kesukaan yang dimasak oleh mak kesayangan.. Pergggghhhh!! Tak bole digambarkan dengan kata-kata betapa sedapnya…apabila dapat makan masakan bonda tersayang n tercinta… Saaaayyyyyaaaaannnngggggg Emak.. Mmmmmuuuaaahhhhh!!! (^_^)

Balik2 jer aku lepak n borak2 dengan mak tersayang…macam2 citer aku citer ngan dier coz dah lama tak borak2 n “jual minyak”…bak kata Abg Chik aku arr!! Kalu aku borak jer dengan mak…mula lah dier cakap aku jual minyak…nampak sangat jeles nyer…huhuhu!!

Dan macam biasa lah mak aku jadi pendengar yang setia n baik…dengar sumer citer yang aku citer kat dier…sampai bagi pendapat lagi.. Dari citer kat umah sewa…sampailah kat opis…dibawa pula dengan karenah2 kawan2 kat opis….sehinggalah citer pasal si Jantung Hati aku tue…sumer nyer aku citer dengan mak aku.. Bukan apa…sajer nak dier tahu perkembangan terbaru aku kan….hahahaha!! Macam artis lah pulak kan… =P

Apa-apa pun aku memang hepi dapat share citer dengan mak aku… Thanks mak coz daripada dulu menjadi pendengar yang setia dan emak yang terbaik di dunia.. Akak sayang mak sangat2 tau… Mmmuaaahhhhh!!

Haa…sampai kat sini dulu lah entry aku sal aku balik kampung nie.. Kalu nak ikutkan memang panjang lagi aku nak tulis nie…but nanti terlalu panjang pulak entry aku nie…tak larat pulak koang nak baca kan… huhuhuhu!! Bersambung di entry yang lain pulak… (^_^)

cetusan ikhlas : L3en a.k.a eFA