Pages

Tuesday, April 26, 2011

Lepak-Ing @ KLCC

 

DSC00746

KLCC…destinasi yang paling dekat dengan kawasan rumah sewa aku nie…kawasan yang sangat mudah untuk sampai dan hanya dengan naik teksi…(al-maklum lah hidup mewah kan…kawasan umah nie susah bus…so kena naik teksi lah)..

Tambang teksi ke KLCC dari rumah aku kat Desa Pandan ini adalah   RM 7.70 sahaja…(murahkan…ada sedikit berlagak nyer.. =P)

Sebenarnya takde aktiviti masa petang sabtu tue (23 April 2011).. Jadi aku pun dengan housemate aku iaitu Kak NoOr dan aZIe…keluarlah melepak kat KLCC tue sambil teman Kak NoOr shopping untuk barang2 hantaran dia…aku nie follow jer..

Sambil shopping mestilah sempat bergambarkan… Nilah antara yang sempat diambil…gambar original tanpa edit.. =)

DSC00757

DSC00763

mISs L3en a.k.a eFa wIt AzIE..

DSC00809

DSC00814

DSC00794

DSC00824

++AzIE wit kAk NoOr++

Kami memang giler gambar…gambar tue kan kenangan kitorang bersama…betoii kan??!!

Jadi nie lah antara gambar2 kami…untuk post kali nie.. (^_^)

cetusan ikhlas : L3en a.k.a eFa

S.A.B.A.R

waiting

Tu perkataan yang sering aku ingatkan dalam diri aku… Supaya aku sentiasa sabar dalam menghadapi segala-galanya yang datang dalam menguji kesabaran aku…

Tapi sampai bila harus bersabar dan sentiasa mempositifkan diri??!! Secara ikhlasnya… kadang-kadang aku tertewas dengan ujian yang menimpa aku. Ujian tentang C.I.N.T.A dan K.E.K.A.S.I.H… Itulah perkara yang selalu menguji aku sekarang dan selalu datang menguji.. Kenapa selalu perkara ini yang datang menguji??

Untuk C.I.N.TA kali ini…ia memang benar2 menguji kesabaran aku… Benar2 menguji aku tentang C.I.N.T.A, K.E.P.E.R.C.A.Y.A.A.N, K.E.S.E.T.I.A.A.N dan M.E.M.A.H.A.M.I pasangan..

Aku banyak beralah kali ini…hanya kerana kata-kata nyer untuk tidak terlalu menyayangi pasangan kita apabila bercinta kerana takut dikecewakan kelak dan sengsara dalam merawat hati yang luka… Aku turutinya demi memahami caranya agar perhubungan ini lebih dipermudahkan dan mengelakan perbalahan..

Tapi sekarang…aku kadang2 rasa sunyi sangat dan inginkan Dia sebagai teman untuk berkongsi cerita setelah penat seharian di pejabat….tapi aku tahu, perkara ini tidak mungkin aku kecapi sekarang kerana Dia terlalu sibuk dengan kerja-kerjanya..

Fahami cara dia bekerja??!! Itulah perkara yang sering aku lakukan…tetapi sampai bila?? Sampai satu mesej pun susah untuk dihantar kepada aku… Sampai seminit untuk menghubungi juga susah dilakukan oleh Dia.. Aku tetap sabar dan terus mengikut rentak nyer…terus berdoa supaya aku terus kuat dan sabar dalam meneruskan perhubungan ini..

Aku mohon cayang…kamu berikan sedikit perhatian kepada aku dan memahami sedikit tentang perasaan dan diri aku…kerna aku juga manusia biasa yang perlukan sedikit perhatian daripada insan yang bergelar K.E.K.A.S.I.H H.A.T.I…

Ya Allah…semoga Kau mempermudahkan perhubungan kami ini Ya Allah… Kau bukalah sedikit hatinya untuk memberikan sedikit perhatian kepada aku.. Amin.

 

cetusan ikhlas : L3en a.k.a eFa –All about LuV-

Sunday, April 24, 2011

Takde idea..

Argghhh!! Aku takde idea nak design background blog aku nie…giler idea benar2 hilang nie.. Adoiii!! Macam mana bole jadi macam nie.. Aku dah ubah macam2 dah…tapi takde idea nak design.

Hmm…kebuntuan melanda bila jasad di sini tetapi hati dan minda bertebangan meracau. Kenapa jadi macam nie??!!

L3en a.k.a eFa…fokus kepada apa yang kau nak wat, kenapa nak hilang fokus pulak nie?? Apa dah jadi ngan kau nie?? Apa yang kau fikirkan nie?? Entry post pun dah lama kau tak update kan…kenapa??

Aku sendiri pun tak tahu…tapi kadang2 aku rasa aku tahu la..

…tunggu la nanti….aku mencari kembali semangat diri aku nie.. Banyak sangat anasir luar yang menganggu fikiran aku nie…asyik diuji dengan benda yang sama jer aku nie… Hmm….ni maknanya aku masih belum benar2 berjaya untuk mengatasi ujian yang diberikan kepada aku nie… Takpe…teruskan bersabar dan mencari ketenangannya serta jawapan kepada setiap ujian yang diberikan…

…mencari jawapan kepada ujian yang diberikan…

cetusan ikhlas : L3en a.k.a eFa

Thursday, April 14, 2011

Surat Ugutan??!!

Dalam suasana ujan baru nak mula meruntuhkan diri itu, kami berlari-lari anak-anak menuju ke rumah ku syurga ku…huhuhu.!! Ntah macam mana ntah…aku tetiba teringin pulak membuka peti pos tue…(sebenarnya memang aku lah yang paling rajin nak check dalam peti tue…ada ke tak surat untuk kamu walaupun kami baru di sini…)..

Dalam kegembiraan membuka peti surat tue…alangkah terkejut apabila menerima sepucuk surat…haaa…..surat ugutan??!!! (dalam keadaan cuak semua nyer…termasuklah aku…=p)

Perggghhh!!! Ini bukan surat ugutan rupanya…tetapi surat yang mendatangkan kemarahan ini…kurang ajar kepada pengirim surat tue…sungguh tak sopan kata-kata nyer…

Nak tahu apa kandungan surat tue….

Haa…ini dier…

Hoii!! Anak dara (kalau masihlah)…

…ayat yang mula ini jer dah mendatangkan kemarahan…kurang ajar betoii.. Nampak sangat pengecutnya…kalu berani datang depan la…

Tak reti2 ke nak tutup tingkat ke…

(dia salah eja…sebenarnya maybe dia nak tulis “tingkap”… Nampak sangat tak blaja tinggi…eja pun salah..)

Kandungan seterusnya….tak dapatlah aku nak citer kan kerana agak tidak sopan diperkatakan di blog aku yang suci lagi murni nie…(dah macam iklan minyak sawit Sri Murni da…). Koang faham-faham la….citer sal tingkat tingkap nie…

Sebenarnya…Orang yang tak sopan tue…nak tegur kitorang…supaya bersopan…padahal nyer…dia sendiri pun tak sopan…. Kenapalah tak tego baik-baik kan.. Dah la nak tego…pastu main hoii—hoii plak… tampo kang baru tau….membara hati aku!!

Hmm….takpe lah….kami serumah menerima teguran tue walaupun tak sopan cara nyer…

Bukan surat ugutan sebenarnya….surat layang….yang terbang melayang-layang sampai ke peti surat rumah mewah kami…hahahhaa..

 

p/s : mybe kena jaga sikit tingkah laku sebagai gadis Melayu..

Bila Kamu Call…

Bila Kamu call….aku suka sangat apabila Kamu mula-mua bertanyakan khabar aku then…aku terus minta maaf kepada aku kerana lama tidak hubungi aku…

Perkataan Maaf yang keluar daripada mulut Kamu itu…betul-betul membuatkan hati aku senang dan tenang sekali walapun sudah berhari-hari aku tidak mendengarkan suara Kamu dan aku memang rindukan Kamu..

Rasa marah dan tertanya-tanya….terus hilang apabila mendengarkan ucapan Maaf daripada Kamu di awal perbualan kita… Then lepas itu…Kamu akan katakan kepada aku…bahawa Kamu sentiasa ingat dan rindukan aku…walaupun terlalu sibuk dengan kerja Kamu… Kamu mohon pengertiaan daripada aku…supaya aku faham akan keadaan Kamu ketika ini.. Aku turutinya…demi hubungan ini dan demi Kamu..

Dalam pada masa yang sama….aku harap Kamu jujur dengan aku dan tidak mempermainkan kepercayaan dan kesetiaan yang aku berikan kepada Kamu.. Kerna jika kecurangan itu berlaku…aku pasti akan kecewa dan pergi meninggalkan Kamu..

Tapi aku yakin…Kamu tidak akan lakukan itu kepada aku…kerana Kamu tahu macam mana aku….dan Kamu tahu kisah cinta aku dahulu bersama kaum Kamu…yang kecundang..

Aku harap Kamu juga setia kepada aku sepertimana aku.. Sayang dan cintakan aku sepertimana aku sayang dan cintakan Kamu.. Hanya Kamu separuh daripada hati aku.. (^_^)

yang mencintai Kamu…L3en a.k.a eFa

 

p/s : Cinta itu satu pertaruhan yang kita tidak tahu samada kita akan menang atau sebaliknya. Tetapi hanya perlu yakin dan percaya kepada-Nya…

Wednesday, April 13, 2011

Aku memahami..

Alhamdulillah…aku blaja untuk terus memahami diri Kamu agar hubungan ini terus berjalan dengan lancar dan tanpa gangguan…

Aku tetap bersyukur dalam kesibukan Kamu menguruskan kerja-kerja Kamu…Kamu masih sempat menghubungi aku walaupun aku perlu menunggu hampir tiga atau empat hari atau seminggu untuk mendapat panggilan daripada Kamu. Tetapi aku tetap menunggu dan terus blaja memahami diri Kamu.

Semua ini kerana pada mula perkenalan kita, Kamu telah terlebih dahulu memaklumkan perkara ini kepada aku… Jadi aku harus menerima Kamu seadanya dan memahami situasi kerja Kamu.. Demi kasih sayang dan cinta aku pada Kamu…Sayang..

Sayang…walaupun kadang-kala aku terasa sunyi dan bertanya-tanya akan hubungan ini kerana diri Kamu yang terlalu sibuk itu…tetapi perasaan itu dapat lenyapkan kerana keyakinan aku pada Kamu…

Aku sendiri pun kadang-kala tertanya-tanya sendirian… Kenapa aku terlalu yakin dan kuat dalam meneruskan hubungan ini bersama Kamu?? Aku sendiri tidak punya jawapan akan itu….tetapi apa yang aku tahu.. Aku yakin dan percayakan Kamu serta aku yakin akan ketentuan daripada-Nya mengenai Jodoh dan Ajal. Dia yang menentukan segala-galanya dan kita sebagai umatnya…haruslah menerima segala ketentuannya dengan hati yang terbuka dan redha..

Aku harapkan hubungan kita berdua akan terus berkekalan dan sentiasa diberkati-Nya serta aku terus akan dibekalkan keyakinan dan kekuatan dalam meneruskan hubungan kita ini..

Aku sayang Kamu walaupun saper pun Kamu…

cetusan ikhlas : L3en a.k.a eFa

Laptop kembali..

Alhamdulillah….setelah hampir empat kali berulang ke kedai Komputer…harapnya takde lah masalah lagi dengan laptop aku nie.. Hope semua nyer telah selesai la..

Kali nie….hampir dua jam lebih aku kat kedai komputer tue…aku check sume software sambil download software yang aku nak then terus install kat kedai tue jugak…supaya if terjadi apa-apa…aku masih kat kedai tue… Paling tak tahan nyer…sambil dok download n install tue…sempat lagi aku layan citer “Hantu Kak Limah”….hahahaha!! Memang pecah perut aku layan citer tue…walaupun dah tiga kali tengok.. Memang bole layan la..

Sambil abes citer Kak Limah aku dok download n install… Amek kau….semata-mata untuk dapatkan semula semua software yang aku ada… (^_^).

Semoga pasni aku boleh guna laptop nie dengan tenang dan baik-baik sajer.. Janganlah ada problem lagi dengan laptop nie….udah takde duit nak repair lagi..

Kos keseluruhan membaiki laptop nie adalah….

RM 250.00…

Selepas tiga kali laptop nie masuk bengkel…satu catatan sejarah dalam kamus hidup aku sejak kali pertama aku membeli laptop nie masa tahun 2007 dulu…

Alhamdulillah…

cetusan ikhlas : L3en a.k.a eFa

Sunday, April 10, 2011

Dugaan???!!!

 

Ya Allah….banyak nyer la dugaan nyer kat laptop aku nie…kenapa lah asyik masalah jer nie….susah hati aku nie…hmm… =(

Gaya nyer dah macam kena pergi semula jer kat kedai komputer nie…tetiba pulak la aku tak boleh nak transfer document daripada pendrive ke dalam laptop nie…masalah jugak nie…

Hmmm….tabahkan hati L3en a.k.a eFa….benda nie kecil jer…tak besar….tapi kena keluarkan kos tue yang agak tak gemar tue…

kite tengok jer la esok macam mana erk…

Nak tahu macam mana keputusan nyer…tunggu la esok yer…

tabahkan lah hati…tingkatkan kesabaran…

cetusan ikhlas : L3en a.k.a eFa

Nak kurus….

 

Semakin hari…semakin meronta-ronta jiwa aku nie…nak kuruskan badan…nak diet… Coz bertambah macam belon dah badan aku nie..

Adddoooiiiii!!! Macam mana nie???!!! Dari berat masa mula-mula masuk U dulu (tahun 2007)…berat aku baru 60kg…

…sekarang tahun 2011….berat aku dah hampir mencecah 80kg… MAcam mana nie???!!!

Ada sesiapa nak bantu aku???!! Ada tak cara atau diet yang berkesan yang dapat bantu aku untuk menurunkan berat badan aku nie…

Help me!!!

cetusan ikhlas : L3en a.k.a eFa

Laptop Dah Okey!!

 

Alhamdulillah…akhirnya laptop aku dah okey pun. Dah bole dibawa pulang..

Mula-mula dibenarkan bawa pulang tue…aku memang puas hati kat bab kipas yang orang kedai tue tukar…tapi bila masuk kat part program windows pulak..

Ada yang aku tak puas hati….coz macam ada yang tak kena dengan laptop aku… Ada ke patut, aku nak guna internet pun kena certified dulu website…baru bole open…pastu….banyak pulak tue plugin yang belum update lagi dalam internet tue..

Ditambah pulak dengan banyak software yang takde….aku kena install sendiri  coz orang kedai tue kata…dia tak ader banyak software..

Adeehhhh!!! Masalah…memang aku tak puas hati la.. pastu petang keesokkan harinya…aku gi semula kat kedai tue…minta dia check balik.. Bila dia check tue…ada yang part dia tak tahu…adeeehhh!! Ada ke patut macam tue…

Bila bawa balik semula laptop kat umah….sekali lagi aku memang tak puas hati…aku pun terus minta mY Rumate tanya dia punya makcik tentang kedai laptop yang makcik dia selalu gi if laptop problem..

Dengan serta mertanya…malam tue juga aku ajak housemate aku gi kat sana….coz memang tahap ketidakpuasan hati aku tue di tahap maksimum.. Rasa nak format balik laptop tue..

Nasib la bila sampai kat kedai komputer tue….lepas aku terangkan kat orang kedai tue apa yang berlaku kat laptop aku nie….diorang pun dok ckeck la…

Sampailah kat pukul 12 lebih malam jugak la aku berada kat kedai tue….akhirnya… Alhamdulillah…selesai jugak masalah laptop aku tue dan yang paling penting tak payah format….kalu tak melayang lagi la duit aku RM 60.00 pulakkk…

Hahahaha….maka malam tue dapat lah aku tido dengan lena nyer kerana harta kesayangan aku tue berada dalam keadaan sihat walafiat…

tamat….

cetusan ikhlas : L3en a.k.a eFA

 

p/s : Nak tahu tak…orang kedai komputer yang kali kedua aku pergi tue…rupa-rupanya… Mereka tue bekas askar…dah pencen n buka kedai komputer… Hmm…apa lagi memang kenalah aku. Malam tue pula dengan tak sengaja nyer aku gi pakai baju Palapes plak…hmm…memang elok sangat lah… Terus masuk kepala…n dapat harga diskaun…sebab Satu Geng!!!

Sunday, April 3, 2011

Pesanan Dari Si DiA, mY UstAz

 

Dalam minggu ini, Alhamdulillah hampir setiap hari mY UstAz hantar mesej berunsurkan pesanan kepada aku… Supaya aku tidak lupa dan alpa dengan dunia yang sementara ini. Alhamdulillah….aku bersyukur dipertemukan dengannya dan diberikan kesempatan untuk bersamanya..

Apabila dapat sahaja mesej tersebut dari mY UstAz, aku akan bacakan pada kawan2 aku supaya sama-sama mendapat pengetahuan dan fadilatnya.. Alhamdulillah.. (^_^)

Ni lah antara pesanan daripada mY UstAz ::::::::

27 Mac 2011, 2.22 p.m :::

Banyak yang kenal Allah tetapi hanya sedikit sahaja yang MERASAI adanya Allah. Tidaklah Allah itu hanya dikenali dengan lidah dan aqal, tetapi Allah itu harus dikenali dan dirasai wujudNya dengan roh. Allah itu ghaib hanya yang ghaib (roh) sahaja dapat mengenaliNya. Roh telah kenal Allah sejak di alam Roh, tetapi di dunia ia telah lupa Allah.

Wahai yang lalai!! Allah sentiasa menantimu untuk kau kembali kepadaNya. Tiap saat DIa melihatmu, tapi kau tidak pernah memandangNya. Aduhai!! Angkuh!! SomBong!! Segeralah…

 

28 Mac 2011, 7.45 a.m :::

Bila diuji ketika susah, ramai yang mampu mempertahankan iman dan banyak berdoa serta mengharap pada Allah. Tetapi apabila diuji dengan kesenangan, banyak yang telah menjadi angkuh dan bongkak, kononnya dialah yang berusaha keras hingga berjaya. Orang yang beriman dengan lidah dan perangainya tetap sama, akhlak masih mulia walau diuji susah/senang. Susah/senang adalah UJIAn (musibah) dari Allah. Jangan ingat bila diberi kesenangan itu, ia bisa hebat dan bijak. Yang sukarnya bagaimana mahu menjaga IMAN…

 

30 Mac 2011, 12.06 p.m :::

Berkata Imam Al Ghazali : Dalam tubuh anak Adam ada 4 sifat iaitu Sifat Malaikat (tunduk dan taat pada Allah), Anjing (cemburu dan garang), Babi (tamak haloba) dan Sifat Iblis (dengki khianat), gembira menfitnah dan menyebarkan fitnah - (rasa puas sebab ada sifat-sifat anjing). Bila ia gembira membuka (dan menyebar) aib yang lain, itulah balas atasnya dan Allah akan membuka aibnya pula.

Fitnah, dosa besar kerana (tolong) binasakan hidup orang lain. Hati mati bila ia menwarisi sifatIblis. Taubatlah….

 

bersambung ke entry seterusnya….

 

cetusan ikhlas : L3en @ eFa

 

p/s : Sedikit pesanan untuk ingatan bersama. Renung-renungkan lah…selamat beramal.. (^_^)

 

 

Join FaceBlog..

 

Waaahhhhhh….baru pertama kali aku join FAceBlog nie.. Dulu aku ingatkan apa lah benda alah nie.. Ingatkan sajer jer orang isi banner faceblog nie..

Rupa-rupanya…dia menghimpunkan ramai blogger kat sana.. Bertuah rasanya…banyak lagi yang bole aku belajar tentang blog nie.. suker….suker…suker… (^_^)

hope….banyak ilmu yang diperolehi n ramai kawan2 kat sini..

Thanks Faceblog…

 

cetusan ikhlas : L3en @ eFa