Pages

Tuesday, April 26, 2011

S.A.B.A.R

waiting

Tu perkataan yang sering aku ingatkan dalam diri aku… Supaya aku sentiasa sabar dalam menghadapi segala-galanya yang datang dalam menguji kesabaran aku…

Tapi sampai bila harus bersabar dan sentiasa mempositifkan diri??!! Secara ikhlasnya… kadang-kadang aku tertewas dengan ujian yang menimpa aku. Ujian tentang C.I.N.T.A dan K.E.K.A.S.I.H… Itulah perkara yang selalu menguji aku sekarang dan selalu datang menguji.. Kenapa selalu perkara ini yang datang menguji??

Untuk C.I.N.TA kali ini…ia memang benar2 menguji kesabaran aku… Benar2 menguji aku tentang C.I.N.T.A, K.E.P.E.R.C.A.Y.A.A.N, K.E.S.E.T.I.A.A.N dan M.E.M.A.H.A.M.I pasangan..

Aku banyak beralah kali ini…hanya kerana kata-kata nyer untuk tidak terlalu menyayangi pasangan kita apabila bercinta kerana takut dikecewakan kelak dan sengsara dalam merawat hati yang luka… Aku turutinya demi memahami caranya agar perhubungan ini lebih dipermudahkan dan mengelakan perbalahan..

Tapi sekarang…aku kadang2 rasa sunyi sangat dan inginkan Dia sebagai teman untuk berkongsi cerita setelah penat seharian di pejabat….tapi aku tahu, perkara ini tidak mungkin aku kecapi sekarang kerana Dia terlalu sibuk dengan kerja-kerjanya..

Fahami cara dia bekerja??!! Itulah perkara yang sering aku lakukan…tetapi sampai bila?? Sampai satu mesej pun susah untuk dihantar kepada aku… Sampai seminit untuk menghubungi juga susah dilakukan oleh Dia.. Aku tetap sabar dan terus mengikut rentak nyer…terus berdoa supaya aku terus kuat dan sabar dalam meneruskan perhubungan ini..

Aku mohon cayang…kamu berikan sedikit perhatian kepada aku dan memahami sedikit tentang perasaan dan diri aku…kerna aku juga manusia biasa yang perlukan sedikit perhatian daripada insan yang bergelar K.E.K.A.S.I.H H.A.T.I…

Ya Allah…semoga Kau mempermudahkan perhubungan kami ini Ya Allah… Kau bukalah sedikit hatinya untuk memberikan sedikit perhatian kepada aku.. Amin.

 

cetusan ikhlas : L3en a.k.a eFa –All about LuV-

0 comments: