Pages

Wednesday, April 13, 2011

Aku memahami..

Alhamdulillah…aku blaja untuk terus memahami diri Kamu agar hubungan ini terus berjalan dengan lancar dan tanpa gangguan…

Aku tetap bersyukur dalam kesibukan Kamu menguruskan kerja-kerja Kamu…Kamu masih sempat menghubungi aku walaupun aku perlu menunggu hampir tiga atau empat hari atau seminggu untuk mendapat panggilan daripada Kamu. Tetapi aku tetap menunggu dan terus blaja memahami diri Kamu.

Semua ini kerana pada mula perkenalan kita, Kamu telah terlebih dahulu memaklumkan perkara ini kepada aku… Jadi aku harus menerima Kamu seadanya dan memahami situasi kerja Kamu.. Demi kasih sayang dan cinta aku pada Kamu…Sayang..

Sayang…walaupun kadang-kala aku terasa sunyi dan bertanya-tanya akan hubungan ini kerana diri Kamu yang terlalu sibuk itu…tetapi perasaan itu dapat lenyapkan kerana keyakinan aku pada Kamu…

Aku sendiri pun kadang-kala tertanya-tanya sendirian… Kenapa aku terlalu yakin dan kuat dalam meneruskan hubungan ini bersama Kamu?? Aku sendiri tidak punya jawapan akan itu….tetapi apa yang aku tahu.. Aku yakin dan percayakan Kamu serta aku yakin akan ketentuan daripada-Nya mengenai Jodoh dan Ajal. Dia yang menentukan segala-galanya dan kita sebagai umatnya…haruslah menerima segala ketentuannya dengan hati yang terbuka dan redha..

Aku harapkan hubungan kita berdua akan terus berkekalan dan sentiasa diberkati-Nya serta aku terus akan dibekalkan keyakinan dan kekuatan dalam meneruskan hubungan kita ini..

Aku sayang Kamu walaupun saper pun Kamu…

cetusan ikhlas : L3en a.k.a eFa

0 comments: