Pages

Sunday, April 3, 2011

Pesanan Dari Si DiA, mY UstAz

 

Dalam minggu ini, Alhamdulillah hampir setiap hari mY UstAz hantar mesej berunsurkan pesanan kepada aku… Supaya aku tidak lupa dan alpa dengan dunia yang sementara ini. Alhamdulillah….aku bersyukur dipertemukan dengannya dan diberikan kesempatan untuk bersamanya..

Apabila dapat sahaja mesej tersebut dari mY UstAz, aku akan bacakan pada kawan2 aku supaya sama-sama mendapat pengetahuan dan fadilatnya.. Alhamdulillah.. (^_^)

Ni lah antara pesanan daripada mY UstAz ::::::::

27 Mac 2011, 2.22 p.m :::

Banyak yang kenal Allah tetapi hanya sedikit sahaja yang MERASAI adanya Allah. Tidaklah Allah itu hanya dikenali dengan lidah dan aqal, tetapi Allah itu harus dikenali dan dirasai wujudNya dengan roh. Allah itu ghaib hanya yang ghaib (roh) sahaja dapat mengenaliNya. Roh telah kenal Allah sejak di alam Roh, tetapi di dunia ia telah lupa Allah.

Wahai yang lalai!! Allah sentiasa menantimu untuk kau kembali kepadaNya. Tiap saat DIa melihatmu, tapi kau tidak pernah memandangNya. Aduhai!! Angkuh!! SomBong!! Segeralah…

 

28 Mac 2011, 7.45 a.m :::

Bila diuji ketika susah, ramai yang mampu mempertahankan iman dan banyak berdoa serta mengharap pada Allah. Tetapi apabila diuji dengan kesenangan, banyak yang telah menjadi angkuh dan bongkak, kononnya dialah yang berusaha keras hingga berjaya. Orang yang beriman dengan lidah dan perangainya tetap sama, akhlak masih mulia walau diuji susah/senang. Susah/senang adalah UJIAn (musibah) dari Allah. Jangan ingat bila diberi kesenangan itu, ia bisa hebat dan bijak. Yang sukarnya bagaimana mahu menjaga IMAN…

 

30 Mac 2011, 12.06 p.m :::

Berkata Imam Al Ghazali : Dalam tubuh anak Adam ada 4 sifat iaitu Sifat Malaikat (tunduk dan taat pada Allah), Anjing (cemburu dan garang), Babi (tamak haloba) dan Sifat Iblis (dengki khianat), gembira menfitnah dan menyebarkan fitnah - (rasa puas sebab ada sifat-sifat anjing). Bila ia gembira membuka (dan menyebar) aib yang lain, itulah balas atasnya dan Allah akan membuka aibnya pula.

Fitnah, dosa besar kerana (tolong) binasakan hidup orang lain. Hati mati bila ia menwarisi sifatIblis. Taubatlah….

 

bersambung ke entry seterusnya….

 

cetusan ikhlas : L3en @ eFa

 

p/s : Sedikit pesanan untuk ingatan bersama. Renung-renungkan lah…selamat beramal.. (^_^)

 

 

0 comments: