Pages

Monday, February 21, 2011

Perlu Ke aRi-aRi…

 

Perlu ke hari-hari aku menghantar mesej semata-mata inginkan balasan jawapan daripada Dia…sedangkan Dia terus membisu. Seperti aku pula yang terhegeh-hegeh kepada Dia.

Aku kan perempuan….kalau aku berterusan lakukan seperti ini tidakkah ia dilihat seperti “Perigi mencari Timba”??? Aku sendiri pun keliru dan tidak tahu mana yang patut aku lakukan…

Kawanku ada berpesan kepada aku supaya aku melupakan sahaja setelah semua usaha telah aku lakukan bagi mendapatkan jawapan daripada permasalahan ini. Katanya, kawanku tidak mahu melihat aku terus kecewa dan mengharap pada sesuatu yang aku sendiri tidak pasti..

Namun….aku lakukan juga semata-mata ingin memuaskan diri aku yang terlalu mendesak inginkan jawapan daripada Dia. Sedangkan Dia….terus membisu…

Kenapa semua ini berlaku antara kami…sedangkan sebelum ini tidak ada sedikit masalahpun yang melanda kami…malah kami bahagia bersama walaupun jarang dapat bersua muka…

…semua ini terjadi pada tanggal 08 Februari 2011….tarikh sepatutnya Dia berangkat ke Mesir…tapi Dia langsung tidak memaklumkan mengenai perkara ini…

Aku terus menanti sehingga kini….tapi apa yang aku dapat… Hanyalah Kekecewaan dan Kesedihan.

cetusan ikhlas – L3en @ eFa

0 comments: